Saturday 4 April 2015

MADU LEBAH KELULUT ASLI






  • Apa itu Madu Kelulut??
  1. Madu yang dikeluarkan/dihasilkan oleh Lebah Kelulut
  2. Madu berasal daripada sari bunga dan menjadi ubat bagi pelbagai penyakit manusia.
  3. Rasanya masam-masam manis, manis-manis kelat, manis-manis pahit.
  4. Sangat mujarab dan baik diambil oleh kanak-kanak dan orang dewasa.
  5. Mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai jenis penyakit manusia.
  6. Khasiat madu sebagaimana disampaikan oleh Al-Quran dan telah dibuktikan secara ilmiah oleh Pakar Perubatan.
  7. Khasiat madu kelulut termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.
  8. Di dalam Madu Kelulut terdapat Asid Fenolik bebas iaitu merupakan bahan aktif yang bertindak sebagai Antikanser dan Antioksidan kerana bahan ini mudah diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti Flavonoid.
  9. Penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional menggunakan hasilan Lebah Kelulut termasuklah (Mengikut laporan Akhbar Utusan Malaysia 20 Mei 2011) ialah Diabetis mellitus (Kencing Manis), Strok, Hepatitis (Hati), Kanser, Hipentensi (Darah Tinggi), dan Batu Karang. 
  •  Madu Ubat yang Turun Bersama Wahyu.
 Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah "Buatlah sarang di gunung-gunung, dipohon-pohon kayu dan ditempat-tempat yang dibina manusia".                                                                                                                                              (Surah An-Nahl Ayat 68)

Kemudian makanlah daripada segala (macam) buah-buahan lalu tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu), "Dari perut lebah itu keluar minuman (Madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (Kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir".                                                                                                                                                                                                                                                                                                 (Surah An-Nahl Ayat 69)

  • Antara Kebaikan Dan Khasiat Madu Kelulut:
  1.  Tinggi Antioksidan & Antikanser
  2. Meningkatkan metabolisme badan.
  3. Menjada kecantikan dalaman dan luaran.
  4. Memberi tenaga.
  5. Merawat kecederaan dalaman.
  6. Membantu menguatkan wanita selepas bersalin.
  7. Mengurangkan stress/letih.
  8. Mencerdaskan minda.
  9. Sebagai anti penuaan.
  10. Meningkatkan kesuburan suami isteri.
  11. Batu karang.
  12. Jerawat/kulit sensitive.
  13. Athma
  14. Penyembuhan luka.
  15. Buasir dan resdung.
  16. Menambahkan tenaga batin.
  17. Merawat penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, hepatitis hati, sakit sendi, batuk, selsema, demam dan lain-lain.

Bee Bread / Roti Lebah Kelulut 

  • Merupakan makanan simpanan kelulut selain dari madu.  Bee bread merupakan campuran debunga (pollen) dengan madu yang diolah menggunakan air liur kelulut. Ianya kemudian melalui proses pencernan dan fermentasi.

  • Khasiat daripada Bee Bread ini amatlah banyak berbanding pollen kerana ianya mempunyai banyak asid amino essential. Kajian dari USM Kubang kerian telah membuktikan bahawa pengambilan Bee Bread ini akan memperkuatkan fungsi hati, hempedu, otot, mata, serta dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi seseorang pengamalnya.  

    Propolis Lebah Kelulut

    • Propolis terbentuk dari bahan resin yang diambil lebah dari pohon yang mengandungi getah. Lebah kelulut kemudian memprosesnya sehingga membentuk propolis, bahan yang berwarna hitam, kuning atau coklat tua di sarang lebah kelulut.

      Propolis mampu merawat ulser dan mencuci buah pinggan serta berkesan untuk mencegah pembiakan sel kanser - Hamdan Sipon, Pembantu Penyelidik MARDI Serdang. Rujuk keratan akhbar Mingguan Malaysia 17 Ogos 2008.

      Propolis berfungsi sebagai antibakteria 1.5 - 2 kali ganda lebih berbanding propolis lebah apis. Dalam propolis mempunyai beberapa bahan aktif seperti flavonoid, fenolik hidroquinon, tannin, triterpenoid dan gula produksi - Ir. H. AE Zainal Hasan MSi, Jabatan Biokimia, Falkutas Matematika dan Ilmu Pengetahuan IPB, Bogor.

      Propolis lebah kelulut dengan konsentrasi 8.2% mampu menghalau pertumbuhan 4 jenis bakteria iaitu Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis, Escherichia coli dan Pseudomonas aeruginosa - Ir. H. AE Zainal Hasan MSi, Jabatan Biokimia, Falkutas Matematika dan Ilmu Pengetahuan IPB, Bogor.

      Propolis lebah kelulut dibuat ubat kumur dan diberikan kepada 92 pesakit yang menderita radang gusi, hasilnya 87% pesakit sembuh - Dr Sherley Horax, Fakultas Kedoktoran Gigi, Universiti Hasanuddin, Makassar.

      "Propolis boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet". - Keratan Akhbar Utusan Malaysia, Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar.

      Cara Pengambilan Madu Kelulut

      • Diminum bersama air

      1. Campurkan satu sudu besar madu kelulut ke dalam segelas air sejuk (air yang disimpan dalam suhu bilik). Kacau sehingga larut. Disarankan minum sebelah pagi sebelum sarapan pagi dan malam sebelum tidur.

        Minum terus

        Sediakan satu sudu besar madu kelulut dan diminum terus. Disarankan minum sebelah pagi sebelum sarapan pagi dan malam sebelum tidur.

        Cara Penyimpanan

      •  Simpan pada suhu bilik.

      • Untuk penyimpanan yang lebih lama simpan dalam peti sejuk.

 





No comments:

Post a Comment